Rabu, 16 April 2014

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 TAHUN 2014

SK Bukit Marak : 16 April 2014 (Khamis), Unit j-QAF SK Bukit Marak telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Siri 2 Peringkat Sekolah Tahun 2014. Ia melibatkan tenaga fasilitator yang terdiri daripada Guru j-QAF, Guru GPI dan Guru KAFA. Semua Tahun 2 hingga Tahun 5 terlibat di dalam siri ini. Program ini diadakan selama 2 petang iaitu hari Isnin dan Selasa bermula jam 1.30 petang hingga 5.00 petang.Jumlah peserta diperkecilkan kebilangan yang sedikit bagi memudahkan Fasilitator memberi pendedahan berkaitan dengan solat. Program sepanjang KBS ini adalah melibatkan LDK, Praktikal Wuduk, Praktikal Solat dan sebagainya. Harapan daripada pihak penganjur agar program dapat diteruskan di masa-masa akan datang. KBS ke-2 bagi murid tahun 1 akan diadakan pada minggu hadapan.Insyaallah....




Tiada ulasan:

Senarai Blog Saya