Rabu, 2 Mac 2016

PEMANTAUAN BERSEPADU PENDIDIKAN ISLAM DAN PROGRAM j-QAF DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KPM TAHUN 2016

PADA 1 MAC 2016 (SELASA) SK BUKIT MARAK TELAH DIKUNJUNGI OLEH PELAWAT DARIPADA WAKIL BPI KPM IAITU YBRS EN MOHD MARZUKI BIN MAT JUSOH  (PENOLONG PENGARAH PENDIDIKAN ISLAM TERAS (R) JPN PUTRAJAYA DAN YBRS EN NORAZMAN BIN SAMID (PENOLONG PENGARAH j-QAF) JPN SELANGOR) DENGAN DIIRINGI OLEH YBRS EN AB AZIZ BIN MOHD NOR ((PENOLONG PPD j-QAF PPD BACHOK).

PEMANTAUAN INI TERTUMPU KEPADA PENYEMAKAN PENGURUSAN SISTEM FAIL YANG BETUL DI SAMPING PENCERAPAN PDP GURU DI DALAM KELAS. SELAIN ITU JUGA KEHADIRAN MEREKA ADALAH UNTUK MEMAMTAU SEJAUH MANA PIHAK SEKOLAH DAPAT MENGAPLIKASIKAN NORMA PERJAWATAN BAHARU GURU PENDIDIKAN ISLAM TERMASUK DARI ASPEK PENGURUSAN JADUAL WAKTU, KOLABORASI DAN PEREKODAN PENCAPAIAN MURID BAGI SETIAP TAHAP DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN PROGRAMM j-QAF.












Sabtu, 13 Februari 2016

ISI MARKAH UJIAN DIAGNOSTIK (KCJ) 2016

SEMUA GPI SK BUKIT MARAK BOLEH MENGISI MARKAH UJIAN DIAGNOSTIK (KCJ) 2016 DENGAN KLIK LINK DI BAWAH INI....

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1mcLLPP1e18LPl-OB-aLoxIFyOHxTwum24EzdL7jdWy8/edit?usp=sharing

Selasa, 6 Mei 2014

PANDUAN MENGISI ELAPORAN BERSEPADU 2014



 
PANDUAN MENGISI ELAPORAN BERSEPADU 2014




Perkara penting sebelum anda mengisi elaporan bersepadu 2014. Pastikan: Keperluan minimum ialah:-
i.                    Sistem pengoperasiaan (operating system) berasaskan microsoft windows samada Windows vista, windows xp, windows 7 atau windows 8;
ii.                   Microsoft access 2007 ke atas;
iii.                 Paparan skrin (cadangan) minima 12 inci dan ke atas; skrin resolusi minima 1024 x 768 piksel;
iv.                 Data sistem maklumat murid (SMM) terkini yang dieksport;
v.                   Data EMIS yang dieksport;

Langkah 1 : (cara install program elaporan bersepadu)
1.      Doble klik dan install program elaporan bersepadu 2014
2.      Masuk serial number  pw24-9614
3.      Teruskan
4.      Selesai

Langkah 2 : (pengisian maklumat sekolah)
1.      Doble klik elaporan bersepadu yang telah di installkan
2.      Klik penyelaras j-qaf
3.      Masukkan kata laluan “bpijqaf”
4.      Teruskan
5.      Isi kod sekolah dan kemaskini maklumat sekolah
6.      Isi maklumat “kutipan  data JUN”
7.      Taip perkataan “setuju”
8.      Kembali ke menu utama

Langkah 3 : (cara masuk data murid dengan menggunakan smm
1.      Pastikan data murid dari smm telah  dieksport dan di extract files serta disimpan di dalam komputer
2.      Klik convert data murid smm dikemudahan utiliti
3.      Di pilihan 2 klik “browse” dan cari data smm yang telah di extract files
4.      Klik import data
5.      Alhamdulillah-ok
6.      Lihat paparan hadapan elaporan bersepadu enrolmen murid dan pastikan sama dengan bilangan murid

Langkah 4 : (cara memasukkan data guru gpi & gpi jqaf ke dalam elaporan bersepadu)
1.    Pastikan data guru dari data emis telah  dieksport data sekolah dan di extract files serta disimpan di dalam komputer.
2.      Klik convert data asas guru (emis) dikemudahan utiliti
3.      Klik “browse” dan cari data asas guru emis yang telah di extract files
4.      Klik import data
5.      Alhamdulillah-ok
6.      Lihat paparan hadapan elaporan bersepadu enrolmen guru dan pastikan bilangan betul

Langkah 5 :  (kemaskini maklumat murid bagi semua tahun)
1.      Klik “kemaskini maklumat murid di langkah 1”
2.      Pilih penetapan darjah/tahun dan nama kelas
3.      Klik teruskan
4.      Tip ruangan status murd dan pilihan bahasa

Langkah 6: (penyebaran data mentah @ kelas kepada semua guru)
1.      Sebelum itu pastikan anda telah membuka fail kelas di dalam komputer anda. Contoh: 1 bestari, 1 pintar, 1 gigih dan 1 cerdas
2.      Klik eksport data di ruangan utiliti
3.      Pilih lokasi eksport seperti di para 1
4.      Klik eksport kelas pilihan.
5.      Klik data eksport
6.      Pastikan anda mendapat arahan “proses eksport kelas pilihan telah berjaya”
7.      Klik ok.
8.      Kembali ke meni utama
9.      Buka fail yang telah dieksport tadi pastikan terdapat fail “jqaf murid, jqaf sekolah dan jqaf guru.
 
Langkah 7: (penetapan data mentah kelas)
1.    Apabila telah selesai mengeksport data mentah murid, penyelaras elaporan sekolah hendaklah mengimport data mentah murid ke elaporan bersepadu 2014 yang telah diinstall ke laptod guru masing-masing.
2.      Pilih kelas yang berkenaan sahaja untuk diimport kedalam laptod guru sebagaimana yang telah dipersetujui.
3.      Caranya seperti berikut:
1)      Buka program elaporan bersepadu
2)      Klik penyelaras kelas dan klik teruskan
3)      Klik import data pada kemudahan utiliti
4)      Klik pilih lokasi dan cari fail yang telah dieksport di dalam penyelaras elaporan.
5)      Klik import data dan hapus data tembung
6)      Arahan akan keluar “anda pasti mengimport keseluruhan
7)      Taip “import” dan klik ok
8)      Klik gabung data keseluruhan

Langkah 8: (pengisian data modul j-qaf)
1.      Selepas step diatas selesai anda bolehlah memulakan pengisian data-data
2.      Klik kelas dan nama kelas
3.      Teruskan
4.      Data yang perlu diisi ialah:
1)      Kemaskini data khatam
2)      Kemaskini data pemulihan jawi
3)      Kemaskini data wuduk
4)      Kemaskini data bahasa arab
5)      Kemaskini data perlakuan solat
6)      Kemaskini data bacaan solat
7)      Kemaskini data hafazan
8)      Kemaskini data solat tambahan

Langkah 9: (pengumpulan data lengkap kelas)
1.      Sebelum itu setiap guru perlu mengeksport data kelas yang telah diisi dan menyerahkan kepada penyelaras elaporan sekolah untik diimport ke elaporan bersepadu penyelaras jqaf.(lihat langkah 6)
2.      Untuk pengumpulan data lengkap kelas stepnya adalah seperti berikut:
3.      Caranya seperti berikut:
ü  Buka program elaporan bersepadu
ü  Klik penyelaras kelas dan klik teruskan
ü  Klik import data pada kemudahan utiliti
ü  Klik pilih lokasi dan cari fail kelas yang telah dieksport
ü  Klik import data dan hapus data tembung
ü  Arahan akan keluar “anda pasti mengimport keseluruhan
ü  Taip “import” dan klik ok
ü  Klik gabung data keseluruhan 

Rabu, 23 April 2014














SK Bukit Marak: 21 April 2014 (Isnin) j-QAF SK Bukit Marak telah melaksanakan Kem Bestari Solat Siri 2 untuk semua murid tahun 1/2014 yang diadakan pada 21 April 2014. Program ini bermula pada jam 1.30 ptg hingga 5.00 ptg.Antara objektif perlaksanaan KBS ialah untuk memastikan semua murid dapat melaksanakan solat dengan betul dan sempurna. Semua guru j-QAF dan GPI terlibat di dalam program ini. Insya-Allah KBS Siri 3 akan menyusul di masa-masa akan datang.Terima kasih semua pihak sekolah, guru GPI dan j-QAF serta KAFA yang terlibat.

Rabu, 16 April 2014

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT SIRI 2 TAHUN 2014

SK Bukit Marak : 16 April 2014 (Khamis), Unit j-QAF SK Bukit Marak telah mengadakan Program Kem Bestari Solat Siri 2 Peringkat Sekolah Tahun 2014. Ia melibatkan tenaga fasilitator yang terdiri daripada Guru j-QAF, Guru GPI dan Guru KAFA. Semua Tahun 2 hingga Tahun 5 terlibat di dalam siri ini. Program ini diadakan selama 2 petang iaitu hari Isnin dan Selasa bermula jam 1.30 petang hingga 5.00 petang.Jumlah peserta diperkecilkan kebilangan yang sedikit bagi memudahkan Fasilitator memberi pendedahan berkaitan dengan solat. Program sepanjang KBS ini adalah melibatkan LDK, Praktikal Wuduk, Praktikal Solat dan sebagainya. Harapan daripada pihak penganjur agar program dapat diteruskan di masa-masa akan datang. KBS ke-2 bagi murid tahun 1 akan diadakan pada minggu hadapan.Insyaallah....




Selasa, 19 Mei 2009

HURAIAN MODEL-MODEL PROGRAM J-QAF

Model kelas Pemulihan Jawi
Ia akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran

Model Khatam Al-Quran
Khatam Al-Quran diperjelaskan di dalam buku panduan Perlaksanaan Program Khatam Qur’an Model 6 Bulan dan Buku Panduan Program Khatam al-Qur’an Model Tasmik.

Model 6 Bulan dilaksanakan mengikut modul yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah. Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA’, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran.
Model Tasmik pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada guru j-QAF, GPI, guru-guru mata pelajaran lain yang berkemampuan, atau pembimbing luar yang sesuai. Guru pembimbing tersebut hendaklah dilantik secara rasmi oleh pihak sekolah dan insentif khas wajar dipertimbangkan.

Model Bahasa Arab
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus.

MODEL-MODEL PROGRAM J-QAF

Enam (6) model telah dikenalpasti akan dilaksanakan iaitu 5 model pengajaran dan 1 model kokurikulum. Model-model pengajaran adalah seperti berikut:
1. model Kelas Pemulihan Jawi;
2. model Tasmik;
3. model 6 bulan Khatam al-Quran;
4. model Perluasan Bahasa Arab Kumunikasi;
5. model Bestari Solat.

Bagi aktiviti-aktiviti pengukuhan pula yang telah dikenalpasti akan dilaksanakan adalah model-model berikut:
1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Majlis Khatam al-Quran;
5. Pertandingan Bahasa Arab.

KEPENTINGAN PROGRAM J-QAF

Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Qur’an, bidang Aqidah, Iba dah, Sirah Nabawi Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Pemulihan Jawi
Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata- mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

Kepentingan Khatam al-Qur’an
al-Quran pula telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al–Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu PI pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

Kepentingan Bahasa Arab
Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran bahasa tambahan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara berpilih dan terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

Kepentingan Fardhu Ain
Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat. Tambahan pula Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) yang dilaksanakan pada masa ini perlu dikaji dan disemak semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Oleh itu satu pendekatan baru perlu diperkenalkan bagi memantapkan perlaksanaan Fardhu Ain ini.

Senarai Blog Saya