Selasa, 19 Mei 2009

KONSEP PROGRAM J-QAF

Program j-QAF berasaskan idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara ujikaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju agar program ini dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 2005. j-QAF sekarang ini telah berada pada tahun yang kelima. Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

Tiada ulasan:

Senarai Blog Saya